Jodoh

Jodoh

RM 20.00

ISBN:

9789670870557

Categories:

General Novel

File Size

1.43 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (7)

Synopsis

Kerana permintaan nenek yang amat dikasihi, Hana Qamila menerima sepupunya Ameer Zachary sebagai suami. Namun kehidupan mereka tidak seindah pasangan lain. Kahwin dengan lelaki kaki botol! Diperlakukan sesuka hati dan akhirnya Hana mengandung. Namun Ameer menidakkan kenyataan itu. Hana kecewa! Aku tidak mahu anak tu... Bukan anak aku! -Ameer. Dalam keadaan mabuk, satu kemalangan berlaku dan Hana keguguran. Hati Hana hancur. Dia menuntut perpisahan dari Ameer. Namun kerana permintaan mommy dan kasihnya pada nenek, Hana tersepit. Pergi!!! Aku benci kau, syaitan. Engkau yang patut mati bukan anak aku. Anak aku suci, kau syaitan, kau iblis. Aku benci kau, pergi… Aku tidak mahu tengok muka kau, syaitan. Pergi!!! –Hana Ameer menyesal. Saat itu dia hanya inginkan semula kasih sayang Hana. Dia ingin menjadi Ameer yang baru. Maafkan abang atas kesalahan abang selama ini. Abang betul betul cintakan Hana. -Ameer Saat kebahagian mula dirasai, kepercayaan Hana diragut dan kejujuran Ameer diragui. Tindakan Hana untuk melepaskan ikatan antara mereka membuat Ameer kecewa. Penyesalan Hana dan kekecewaan Ameer membuatkan mereka makin jauh. Mampukah jodoh kekal milik mereka?