Konsep Dan Proses Kaunseling Islam

Konsep Dan Proses Kaunseling Islam

RM 21.00

ISBN:

978-967-251-139-7

Categories:

Motivation
General Academics

File Size

2.66 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (3)

Synopsis

Buku ini dibahagikan kepada dua tema iaitu konsep kaunseling Islam dan proses kaunseling Islam. Bab 1 hingga Bab 4 adalah bab berkaitan tema konsep kaunseling Islam iaitu perkembangan kaunseling Islam di Malaysia, kaunseling Islam untuk kesejahteraan masyarakat, konsep kaunseling daripada perspektif Islam dan prinsip kaunseling Islam. Manakala Bab 5 hingga Bab 9 adalah bab berkaitan tema proses kaunseling Islam, iaitu kemahiran asas mikro kaunseling dalam hubungan membantu, kemahiran asas kaunseling Islam, proses kaunseling Islam, pendekatan mujahadah al-nafs melalui kemahiran kaunseling Islam dan pendekatan tazkiyat al-nafs dalam kaunseling Islam.

Tujuan buku ini diterbitkan adalah untuk menyediakan bahan bacaan dan rujukan berkaitan kaunseling Islam kepada pelajar, kaunselor, pekerja sosial, penyelidik, sukarelawan psikososial dan psikospiritual, pembimbing spiritual Hospital Mesra Ibadah serta pembaca awam tentang konsep dan proses kaunseling Islam. Buku ini sangat bermanfaat kepada Institusi Pengajian Tinggi, institusi agama dan Badan Bukan Kerajaan yang menjadikan kaunseling Islam sebagai “pelengkap” dalam pelaksanaan program dan latihan kaunseling Islam.