Cinta Musim Corona

Cinta Musim Corona

RM 20.00

ISBN:

9789671780954

Categories:

General Novel

File Size

1.42 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (15)

Synopsis

18 Mac 2020 satu sejarah tercipta. Buat pertama kalinya Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP. Rakyat Malaysia diminta berkurung di rumah bagi mengekang penularan koronavirus.
Seperti rakyat Malaysia yang lain, Nadia turut berkurung di rumah bagi menyahut cabaran kerajaan. Sangkanya musim PKP ini amat membosankan dan membuatnya stress. Namun jangkaannya meleset.
“Cuma ketua keluarga saja boleh keluar rumah. Awak tau kan.”- Hairee
“Rumah saya tak ada ketua keluarga. Tuan Hairee nak jadi ketua keluarga saya?”- Nadia
Berkenalan dengan seorang askar bernama Hairee. Hatinya berbunga-bunga. Walaupun dia tidak menyukai askar, dia rasakan dirinya sudah jatuh cinta. Walaupun tidak pernah mengenal rupa, dia tertarik pada suara macho abang askar itu.
“Surat saman?” – Daniel
“Ya tuan polis. Saya tak ada surat dari majikan mengatakan saya kena kerja. Sebab tu saya mintak surat saman. Karang saya mintak surat nikah kita, lagi berpeluh tuan polis. Tak pasal-pasal kena kahwin dengan saya. Tuan nak kahwin dengan saya?” - Nadia
Muncul pula si tuan polis bernama Daniel yang menolongnya ketika menghantar darling aka kucingnya ke klinik haiwan. Tuan polis itu membuat dia senang tapi ada kalanya perlakuan Daniel menyebalkan. Paling mengejutkan Daniel mahu hantar rombongan meminang!
“Kak Jah rumah hujung selang dua baris dari sini ada merisik baby. Katanya anak dia si Iskandar tu suka kat baby,” – Puan Zaleha.
Hidup Nadia jadi huru-hara seketika. Muncul lamaran yang dia sukar untuk tolak. Sedangkan hatinya sudah terpaut kepada lelaki lain.
Kenapalah musim corona ni aku jatuh cinta? Kenapa musim corona ni jugak aku kena bertunang paksa? – Nadia
Cinta musim Corona. Siapa yang akan memiliki cinta Nadia? Berjayakah Nadia bersatu dengan lelaki idamannya?