Chenta Hati Beta

Chenta Hati Beta

RM 14.90

ISBN:

978-967-17316-3-5

Categories:

Romance

File Size

1.17 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (5)

Synopsis

ZIYAD- Pemilik kedai sewa buku, The Pages. Bukan anti perempuan, tapi jadi serik untuk jatuh cinta setelah Amani,tunangannya meninggalkannya dan berkahwin dengan lelaki lain pada tarikh mereka sepatutnya diijabkabulkan.

 

CHENTA- Gadis manis tinggi lampai, rambut panjang mengurai, mata galak cantik jelita. Namun kisah cintanya tak pernah semanis orangnya.

 

ZULFAN – Model yang baru meningkat naik, kacak dan semestinya bergaya. Mengikat tali pertunangan dengan Chenta yang dia kenali sebelum bergelar model popular lagi.

 

Ada kisah yang tersimpan kemas dalam ingatan. Kisah tragis penuh duka buat Ziyad dan Chenta lah penyebabnya. Perginya Azli menemui Sang Pencipta, satu-satu abang yang Ziyad punya berpunca daripada Chenta tanpa dia sengajakan.

15 tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali. Ziyad jatuh cinta pandang pertama tanpa mengetahui siapa gadis itu dalam kehidupan masa lalunya.

Kerana ingin mengelak dari Zulfan yang yang kaki pukul, curang pula itu, Chenta dan Ziyad mengambil keputusan untuk ke gerbang perkahwinan. Kebenaran tentang masa lalu Chenta muncul satu persatu. Mampukah Ziyad bertahan dengan cintanya apabila mengetahui gadis yang bakal dikahwini adalah orang yang paling dia benci?