CALON SUAMI JUTAWAN by Nuriffa

CALON SUAMI JUTAWAN by Nuriffa from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Nuriffa
Category: General Novel , Romance
ISBN: e978-967-18633-1-2
File Size: 0.33 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Seorang ayah adalah hero pertama kepada anak perempuan. Namun, ayahnya berkahwin lain tanpa pengetahuan Kaila, ibu dan adiknya. Lalu kepada siapa lagi harus dia percaya sedangkan lelaki yang dianggap hero itu sendiri telah mengkhianati sebuah perkahwinan? Masih adakah lelaki yang memegang erti ‘setia’? 

Kaila Nerissa. Usahawan kosmetik berumur 35 tahun dan masih bujang. Baginya itu perkara biasa kerana dia tidak mahu terluka seperti ibunya. Melihat si anak yang terlalu selesa sendiri, membuatkan hati si ibu dilanda gundah-gelana.

"Mak Usu kenalkan, ini Inspektor Rafiq. Dia kerja satu tempat dengan pak usu. Baik orangnya. Tinggi. Kacak." – Mak Usu Roha

“Yang ini pula anak kawan mak long. Cikgu sekolah. Dia mengajar Bahasa Inggeris. Umur dia muda sikit dari kamu. Tapi, apalah sangat dengan umur, kan. Janji serasi.” – Mak Long Ita

“Ha, tunggu dulu. Ni calon pilihan mak. Memang perfect.” – Mak Ramlah Gorjes

Tiga orang calon diperkenalkan kepada Kaila. Dan salah seorangnya adalah bekas teman lelaki dia sendiri. Lelaki yang meninggalkannya tujuh tahun lalu tanpa sebarang sebab dan penjelasan. 

“Saya nak lamar awak jadi isteri saya.” – Rafiq

“Sambut tangan saya Kaila. I will help you.” – Dylan

Ternyata kemunculan bekas teman lelakinya itu membawa satu rahsia tentang kisah tujuh tahun lalu. Dan pilihan untuk bersama ‘si dia’ bukanlah semudah yang Kaila sangka. Makanya, di antara Dylan dan Rafiq siapa yang harus dia percaya?

Reviews

Good Job!
by anafati on June 12, 2021

Cerita yang menarik..

Write your review

Recommended