CINTA HATI ZULAIKHA

CINTA HATI ZULAIKHA

RM 26.00

ISBN:

9789672813064

Categories:

Chick-Lit
General Novel
Romance

File Size

1.06 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (0)

Synopsis

Putri Nur Zulaikha. Seorang gadis yang periang di sisi keluarga tercinta. Walau bagaimanapun, status bujang yang dipegangnya bertukar kepada isteri orang pada usia tujuh belas tahun. "Saya masih muda tapi kenapa saya perlu bernikah?" - Zulaikha. Tengku Zafi Aakif. Anak angkat dalam keluarga Zulaikha. Kerana krisis rumahtangga ibu bapanya, Zafi semakin rapat dengan keluarga gadis itu. Zafi mula menyimpan perasaan terhadap adik angkatnya sehingga mengambil keputusan melulu untuk menculik Zulaikha. "Aku cuma nak kau aje dalam hidup aku, Ika!" - Zafi Kerana desakan keadaan, Zulaikha menerima Zafi dan lama-kelamaan rasa cinta mula bercambah buat lelaki itu. Namun mencintai Zafi bukan semudah yang disangka. Dengan usianya yang masih muda, dia terpaksa menempuh semua halangan termasuklah kemalangan yang menimpa Zafi sehingga membuatkan Zafi hilang di tempat kejadian. Sepuluh tahun Zulaikha menanti kepulangan Zafi. Sepuluh tahun juga dia terpaksa membesarkan anaknya seorang diri. Mampukah dia bertemu dengan Zafi setelah lama lelaki itu menghilangkan diri? "Aku cuma nak musnahkan keturunan Mardhiah. Selepas keturunan dia mati, barulah aku akan tenteram." Dalam dua hati yang berpisah, tiada yang menyangka… ada satu hati lagi yang merancang perkara keji dalam hidup Zulaikha.