Tiada Yang Kedua

Tiada Yang Kedua

RM 11.00

ISBN:

9789672813293

Categories:

Teen Novel
General Novel
Romance

File Size

1.51 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (18)

Synopsis

Perkahwinan atas pilihan keluarga, menghadirkan kebahagiaan kepada Nayla dan Arif. Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Nayla sangkakan kehidupan mereka sudah cukup sempurna. Namun semuanya berubah saat dia mengetahui Arif mencintai wanita lain.
“Apa kurangnya Nayla berbanding dia?”- Nayla
“Abang tak ada jawapan.” Arif
Remuknya perasaan seorang isteri apabila dirinya bakal dimadukan. Demi menjaga perasaan sendiri, biarlah dia mengalah. Mencintai tak semestinya memiliki.
“Ceraikan Nayla.”- Nayla
“No! Abang takkan lepaskan Nayla.”-Arif
“Kalau abang betul-betul sayangkan Nayla, takkan ada yang kedua di hati abang.”
Permintaan Nayla membuatkan dunia Arif menjadi gelap. Tak pernah terlintas dalam fikirannya untuk melepaskan isteri yang bersamanya di saat susah dan senang.
Kerasnya hati seorang Nayla menyebabkan Arif semakin sukar untuk mendapatkan kepercayaan si isteri. Adakah masih ada ruang untuk mereka kembali seperti dulu? Atau tegarkan Arif melepaskan Nayla demi pertahankan hubungannya bersama gadis lain?