ABANDONED PROMISE
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
MISS NOISynopsis
Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras mengusahakan kafe demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan.
Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, demi menyelamatkan kafe yang sedang di ambang kejatuhan, Falisha menerima lamaran Zarif.
“Ye, kahwin. Cik Fish tak nak kahwin dengan aku? Aku tahu, aku tak kaya. Tapi, aku janji akan jaga dan pertahankan Cik Fish dengan baik.” - Zarif
Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa.
“I tak sangka you perempuan yang suka lari daripada masalah.” - Haziq
Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Hati siapa yang hancur dek rahsia yang akhirnya terungkai itu?
Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?