EVA & EZ

EVA & EZ

RM 12.00

ISBN:

978-967-2474-74-6

Categories:

Teen Novel
Romance
Wedding

File Size

0.73 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Author

NALEEN SY

Publisher

RMA STUDIO

Synopsis

Eva dan Damien kenal dari kecil. Hubungan dari benci bawa pada perasaan cinta dalam diri mereka. Damien melamar Eva sewaktu mereka sudah dewasa. Perjalanan cinta mereka lancar sehinggalah satu malam perbualan mereka membawa kepada pertengkaran kecil. Selepas berbaik Damien kemalangan ketika mahu pulang ke rumahnya. Lelaki itu meninggal di tempat kejadian. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Disebabkan peristiwa pahit itu Eva sukar untuk melupakan Damien. Semuanya kerana perasaan serba salah pada lelaki itu. Sehinggalah Adam, abang Eva mencadangkan supaya gadis itu menerima rawatan kaunseling daripada Dr. Alyna, pakar psikiatri di Bridgeland. Selepas enam bulan menerima rawatan itu, Eva semakin pulih. Disebabkan itu, Raja Larsen, ayahanda Eva mengarahkan Eva dan Adam pergi ke Edinburgh. Untuk menghadiri Majlis Ulang Tahun Keputeraan Raja Luther, Raja Edinburgh. Kehadiran Eva di majlis itu membawa pertemuan dengan Putera Mahkota Ezekiel Luther. Lelaki yang dia jumpa semasa berehat di gazebo Istana Kristal. Lelaki bertopeng itu berjaya menarik perhatiannya dan juga… hatinya.

Eva memberitahu tentang isi hatinya pada seluruh keluarganya selepas pulang ke Bridgeland. Termasuk keputusannya mahu melamar Ezekiel untuk menjadi suaminya. Eva menerima tentangan daripada ayahanda dan Adam. Namun, selepas mereka melihat keyakinan Eva mereka terpaksa mengalah. Adam dan Eva pergi ke Edinburgh. Mahu melamar Ezekiel. Eva dan Ezekiel berjumpa. Mahu membincangkan tentang lamaran Eva. Ezekiel sedaya upaya cuba untuk mematahkan tindakan gadis itu. Tapi Eva tidak putus harapan. Dia memberi masa dua minggu untuk Ezekiel fikirkan tentang lamarannya.

Ezekiel akhirnya bersetuju mahu berkahwin dengan Eva Tetapi dengan syarat. Erti kata lain Ezekiel mahu kahwin kontrak. Eva tidak melatah. Malah, bersetuju dengan lelaki itu. Demi cinta. Eva rela! Kontrak termeterai. Mereka pun berkahwin. Eva dibawa pulang ke Stundford di mana Ezekiel tinggal. Salah satu bandar terpencil di Edinburgh. Sepanjang mereka di situ hari-hari yang mereka lalui semuanya berjalan lancar. Sehinggalah satu hari. Pada Hari Kemerdekaan Edinburgh. Ezekiel kena serangan panik semasa menonton persembahan api bersama Eva dan orang gaji rumah agam. Ezekiel dibawa pulang. Eva yang masih keliru dengan peristiwa itu mula dapat penjelasan daripada Alex. Butler yang menjaga Ezekiel sejak kecil.

Ezekiel trauma dengan api kerana peristiwa hitam yang dia alami semasa umur 7 tahun. Kebakaran di rumah agam yang mereka duduki waktu itu menyebabkan kematian bonda Ezekiel iaitu Permaisuri Yuna dan kakaknya, Puteri Dahlia. Parut di wajah Ezekiel juga punca daripada kebakaran itu. Dan itu menyebabkan Ezekiel kerap dihantui mimpi ngeri. Eva yang baru tahu akan kejadian itu merasakan kasihan pada suaminya. Pada malam itu juga, buat pertama kalinya Ezekiel melepaskan tangisannya di dalam pelukan seorang isteri. Selepas kejadian itu, hubungan mereka bertambah erat.

Begitu juga dengan perasaan dalam diri masing-masing. Semakin bertambah. Tiba-tiba Ailee, saudara Ezekiel datang dan dia membongkarkan rahsia terbesar Eva. Rahsia Eva menerima rawatan psikiatri. Dan Ezekiel tidak tahu akan berita itu. Tetapi, lelaki itu tidak melenting. Malah, menyebelahi isterinya. Ailee diarahkan supaya tidak lagi menjejak kaki di rumah agam itu. Termasuk berjumpa dengan Ezekiel dan Eva. Ezekiel memujuk Eva dan dari situ bermulanya sesi luah perasaan. Ezekiel juga jatuh cinta pandang pertama. Dia cuba sembunyikan kerana takut Eva tidak menerima kekurangan di dalam dirinya. Kerana fikiran negatif itu dia sedaya upaya menafikan perasaannya. Eva menerima alasan suaminya dengan lapang dada. Cinta mereka semakin mekar membuatkan Ezekiel mendedahkan satu lagi rahsia. Dipukul oleh Raja Luther menjadi salah satu penyebab terbesar Ezekiel keluar dari istana. Semuanya kerana... tidak boleh menerima takdir.