Aku Budak Kampung

Aku Budak Kampung

RM 17.90

ISBN:

978-967-5822-25-4

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.50 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Rosli adalah seorang pemuda kampung. Beliau berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun tidak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan tidak mahu kerja makan gaji setaraf dengan kelulusan yang dimilikinya. Sebaliknya beliau lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, mengambil upah menebas dan berkebun. Namun begitu cabaran tetap ada, bila ada yang merendah-rendahkan apa yang dilakukan oleh beliau dengan alasan anak muda sepertinya dalam zaman serba moden ini harus hidup mewah dengan makan gaji dan bukannya mencari rezeki dengan bertani. Tetapi dia tidak menghiraukan itu semua. Dia telah menghidupkan kembali persatuan belia di kampungnya yang telah berkubur setelah ketiadaan pengerusinya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Berkat usaha, akhirnya membuahkan kejayaan di mana beliau telah diberikan anugerah petani terbaik manakala persatuan belia di kampungnya pula meraih anugerah belia contoh. Mesej utama dalam novel ini adalah anak muda boleh berjaya dalam hidup, walaupun dalam bidang pertanian seperti yang disebut dalam pepatah ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.