Kau Bunga Syurga

Kau Bunga Syurga

RM 29.00

ISBN:

978-967-5822-32-2

Categories:

Romance

File Size

3.61 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

"Apa lagi yang boleh Rina katakan selain daripada akur dengan keputusan yang telah abang buat? Mak abang pun tak menghalang? Siapa Rina untuk mengatakan jangan?" "Rina, maafkan abang. Abang tahu abang bersalah. Abang sekadar minta pandangan mak saja. Abang tak bermaksud Rina tak penting. Percayalah... abang janji akan selalu menghubungi Rina." Ibu mentuanya, Hajah Ramlah tidak menyukainya. Berbagai kata nista dilemparkan. Dia didera! Jiwanya terseksa. Ya Allah! Hatinya merintih pilu. Pelbagai seksaan dilakukan oleh ibu mentuanya. Dia dikurung dibilik kecil atau stor, diarah melakukan pelbagai kerja rumah walaupun ketika hamil. Atas amaran ibu mentua, kehamilannya dirahsiakan daripada suaminya. Suatu hari ketika Hajah Ramlah pergi kenduri, Khairina ketika itu hamil lima bulan diperkosa oleh seorang kacang hantu bernama Kamal. Ketika baru pulang dari kenduri, Hajah Ramlah terserempak dengan Kamal yang baru keluar dari bilik Khairina. Namun Khairina dipersalahkan dan dipukul oleh ibu mentuanya dengan alasan dasar perempuan kabaret sememangnya gatal.