Di Penghujung Cintaku Adelia by Wan Rohayu

Di Penghujung Cintaku Adelia by Wan Rohayu from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Wan Rohayu
Category: Romance
ISBN: 978-967-0657-24-0
File Size: 1.73 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini. Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan? Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi. “Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha “Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa? Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

Reviews

Penghujung Cintaku
by Judith Dusip on June 15, 2017

The best...

Write your review

Recommended