Pengendalian Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kongnitif dan Tingkah Laku

Pengendalian Stres dan Kebimbangan: Penilaian Kongnitif dan Tingkah Laku

RM 38.40

ISBN:

9789838617642

Categories:

General Academics

File Size

1.38 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

"PENGENDALIAN STRES DAN KEBIMBANGAN ialah sebuah buku rujukan asas psikologi dan psikologi klinikal yang ditulis dengan menggunakan pendekatan yang mudah untuk pembaca memahaminya. Buku ini berguna kepada para pelajar yang mengikuti kursus psikologi, kaunseling, perubatan, kejururawatan dan sains kesihatan yang berkaitan dengannya, di samping kaunselor-kaunselor yang ingin mendalami aspek rawatan stres dan kebimbangan. Selain itu, ia juga berguna kepada individu yang mengalami stres dan masalah kebimbangan. Seseorang klien yang sedang menerima rawatan akan lebih memahami masalah stres dan kebimbangan yang dihadapinya dengan bantuan buku ini. Diharapkan dengan pemahaman ini dia akan lebih bermotivasi dan bekerjasama dengan ahli terapi untuk meneruskan rawatannya. Buku ini dibahagikankepada dua bahagian. Bahagian pertama buku ini, yang mengandungi enam bab, membincangkan tentang stres yang meliputi teori asas pembentukan stres sehinggalah cara-cara menghindari, mengawal dan mengendalikan stres yang telah tercetus. Bahagian kedua pula mengandungi empat bab yang berhubung dengan rawatan masalah kebimbangan. Bab terakhir buku ini agak istimewa kerana ia mengandungi sepuluh risalah maklumat klien yang senang difahami yang ditujukan khas kepada klien."