KAEDAH PENYELIDIKAN & ANALISIS DATA SPSS

KAEDAH PENYELIDIKAN & ANALISIS DATA SPSS

RM 27.50

ISBN:

978-967-0474-82-3

Categories:

General Academics

File Size

3.42 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (5)

Synopsis

Pelajar ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta kebanyakannya perlu mengambil kursus Kaedah Penyelidikan ataupun perlu menyiapkan projek penyelidikan masing-masing bagi memenuhi syarat bergelar siswazah. Pelajar siswazah pula perlu menyiapkan tesis ataupun disertasi mereka sebagai syarat wajib sebelum dikurniakan ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) masingmasing. Pegawai penyelidik yang bekerja dalam sektor awam atau swasta pula perlu menyiapkan projek penyelidikan masingmasing seperti kehendak organisasi mereka. Kesemua aktiviti penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pada peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah ataupun oleh pegawai penyelidik memerlukan suatu panduan lengkap untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan supaya mencapai piawai yang ditetapkan. Buku Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data SPSS yang ditulis dengan bahasa yang mudah ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh kumpulan pelajar dan penyelidik tersebut. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi memahami perkara-perkara penting dalam proses menyiapkan sesuatu projek penyelidikan. Selain dari itu, analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dalam buku ini membincangkan secara terperinci langkah-langkah untuk menganalisis data dan kaedah mentafsirkan output daripada data tersebut. Antara analisis statistik yang dibincangkan dalam buku ini seperti analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen, prosedur ujian-t, analisis varians sehala (ANOVA), analisis kovarians sehala (ANCOVA), analisis korelasi dan regresi, model regresi logistik, dan banyak lagi.