array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.3640"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0041"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.3681"
}
Lafaz Cinta di Jari Manis | April Snow | Lovenovel Enterprise | 978-967-0657-26-4 | E-Sentral Ebook Portal

Lafaz Cinta di Jari Manis by April Snow

Lafaz Cinta di Jari Manis by April Snow from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: April Snow
Category: Romance
ISBN: 978-967-0657-26-4
File Size: 2.49 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“I tak akan terima perempuan curang jadi isteri I. I takkan terima perempuan yang dah dipeluk lelaki lain! I tahu you suka dia dari dulu, Qis. And due to that, you don’t deserve me, Qis.”- Khalish Ariq Hanya kerana salah faham, ego dan cemburu seorang lelaki bernama Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibatnya. Dia dimalukan di hadapan seluruh keluarganya tatkala Khalish tidak muncul pada malam pernikahan mereka. Kerana percayakan cerita Khalish, Qistina dihalau oleh ayah kandungnya sendiri. Manchester menjadi tanah air Qistina selama tempoh pelarian. Walaupun pergi dengan tiket tuntutan tugas, yang nyata dia ke sana membawa sekeping hati yang hancur dicincang sang tunang tercinta. Lebih lima tahun di perantauan menimba pengalaman, langkah Qistina kembali menjejak tanah air. Walaupun pulang dengan semangat yang baru, namun maruah yang terhumban ke lumpur tidak mungkin boleh dijernihkan biar bermandikan tujuh lautan. Hatinya sangat-sangat terluka! Di pihak Khalish, biar kesalnya mencecah ke puncak gunung, namun semua itu belum mampu meraih keampunan Qistina. Kini Qistina bukan lagi si Barbie doll yang dahulunya lembut bicara, sang Barbie doll pujaan hatinya itu kini umpama singa yang terluka! “I manusia Khal. I ada hati, ada jiwa. Jangan you mimpi I akan lupakan apa yang terjadi dulu. I yang harung semuanya. Sendiri, terbuang, di mana you selama ini? Di mana, Khal?" – Annur Qistina Cabaran kian getir buat Khalish apabila terpaksa bersaing dengan Fazwan Anuar sang CFO yang muncul dengan misi yang sama untuk menawan hati sang Barbie doll jelita. Khalish sedar pesaingnya bukan calang-calang orang, jadi dia perlu melakukan sesuatu jika mahu Qistina menjadi miliknya. Biar dihambur keras, langkahnya tidak akan goyah, dia rela! Lamaran dihulur kerana dia tahu di hati Qistina masih ada cinta untuknya disitu. Qistina pula bingung, keliru. Mana satu yang harus dipilih? Kepada Joe, teman akrab yang paling memahami dihambur segalanya. Namun tanpa Qistina sedar, dalam diam temannya itu menyimpan rasa dan hasrat yang serupa. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah. Lalu siapakah yang akan memiliki diri dan hati Annur Qistina? Dan lafaz cinta siapakah yang akan terpilih untuk dipatri ke jari manisnya? “Can we start all over again? You, me, being together again under one roof?” – Annur Qistina

Reviews

lafaz cinta di jari manis
by WAN NOR'ASHIKIN BINTI WAN HASSAN on January 20, 2015

sebuah naskah yang berbaloi untuk dibuat koleksi. jalan cerita yang menarik dan tidak terlalu berat untuk dihayati. banyak monolog dalaman dan 'flash back' so tidak boleh skip untuk bab seterusnya untuk mengetahui penghabisan cerita ini. mungkin saya bukan dalam bidang oil n gas so saya tidak berapa memahami bahasa-bahasa yang digunakan dalam cerita ini. mesej-mesej sarat yang diberikan bagi saya cukup untuk kita berfikir sejenak bahawa segala yang kita rancang tidak akan terlaksana tanpa rencana dari yang MAHA KUASA, selain tabah dan bersabar dengan ujian yang dihadapi.

tahniah
by Nur Izzati Hanani bt Ahmad Takri on March 31, 2018

terbaik....bnyk pengajaran yg kita boleh ambil dari novelni...

Write your review

Recommended