Seni Tembikar

Seni Tembikar

RM 48.00

ISBN:

978-983-861-875-5​

Categories:

General Academics

File Size

9.49 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

Bidang seramik di Malaysia lebih dikenali umum dengan adanya pelbagai produk tembikar di pasaran dan persekitaran kita. Walaupun kewujudan seramik di Malaysia telah begitu lama namun pengajaran secara formal di sekolah, kolej, institusi latihan dan universiti boleh dikatakan masih baru dan tidak menyeluruh. Ilmu berkaitan seramik juga agak terbatas. Tambahan pula kurangnya bahan bacaan khususnya yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, tujuan buku Seni Tembikar ini ditulis pada dasarnya adalah untuk menghidangkan pengetahuan komprehensif berkaitan seni pembuatan tembikar kepada pelajar, pengusaha dan peminat seramik. Buku ini mengandungi empat bab. Bab pertama menghuraikan tentang sesebuah studio tembikar dan keperluan asas yang diperlukan seperti alatan tangan, mesin dan perkakasannya. Perincian yang seterusnya ialah berkenaan kaedah-kaedah pembentukan produk tembikar. Pembaca akan dapat mengamati teknik-teknik asas dalam penghasilan sesuatu produk tembikar melalui ilustrasi yang dipaparkan. Setelah produk tembikar dibentuk, bab yang berikutnya menerangkan pelbagai teknik hiasan yang boleh dipraktikkan. Akhirnya, fokus diberikan kepada teknik pembakaran produk tembikar disertai jenis tanur untuk proses pembakaran tersebut.