Perempuan Lindungan Kaabah by Hana Ilhami

Perempuan Lindungan Kaabah by Hana Ilhami from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Hana Ilhami
Category: Romance
ISBN: 978-967-0246-34-5
File Size: 1.53 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Perempuan lindungan Kaabah. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah. Atas dasar kecantikan luar dan dalam, hatinya telah didambakan oleh tiga orang lelaki. “Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex “Hanan, cinta itu bukan bererti menyintai seseorang yang sempurna tapi bagaimana menyintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna”- ameer  Antara pengorbanan dan matlamat ingin berdakwah telah mengakibatkan Hanan menerima Fareez sebagai pasangan hidupnya. Namun dengan sikap Fareez yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita Fareez telah menguji bahtera yang dibina. “Kenapa nak tidur kat sofa? Katil ni kan luas? Masih ada ruang lagi ni. Apa, ingat drama Melayu ke? Bila kena kahwin paksa, sorang tidur atas katil, sorang lagi tidur kat sofa? Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Tak gitu ustazah?”- Fareez “Terkedu Hanan mendengar sindiran dari Fareez. Dia mengetap bibirnya. Apa maksud lelaki ini? Bukankah aku ni tak memenuhi cita rasanya? Dan siang tadi dia sendiri yang cakap dia tak akan sentuh aku. Sekarang dia nak apa pula?”- Hanan Adakah pengorbanan Hanan akan dihargai Fareez? Perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsipnya demi kebahagian yang tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Reviews

Write your review

Recommended