Jenayah Keganasan Rumah Tangga Edisi ke-2 by Jal Zabdi Mohd Yusoff

Jenayah Keganasan Rumah Tangga Edisi ke-2 by Jal Zabdi Mohd Yusoff from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Law
ISBN: 978-983-100-808-9
File Size: 2.19 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Buku Jenayah Keganasan Rumah Tangga (Edisi Kedua) ini diterbitkan dengan beberapa penambahan kepada edisi pertama. Antaranya adalah berkenaan dengan penderaan terhadap warga tua. Secara amnya, buku ini cuba memberi gambaran secara keseluruhan mengenai keganasan yang berlaku dalam keluarga bermula dengan penderaan terhadap isteri, suami kanak-kanak dan warga tua. Buku ini mengetengahkan pendapat bahawa keganasan dalam keluarga ini merupakan perbuatan jenayah dan hendaklah dibendung dengan segera bagi mengelak menjadi lebih serius. Pada masa sama perbincangan juga meliputi undang-undang yang terpakai pada masa kini berkenaan dengan kes-kes keganasan rumah tangga. Menyedari bahawa kumpulan pembaca juga terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai latar belakang undang-undang, maka buku ini diolah dengan menggunakan bahasa yang mudah supaya input-input utama dapat disampaikan kepada golongan pembaca. Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff merupakan seorang tenaga akademik di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Bidang pengkhususan beliau adalah Undang-undang Keterangan, Undang-undang Jenayah, Undang-undang Kanak- kanak dan Isu-isu Keganasan dalam Keluarga. Antara buku hasil tulisannya seperti Pengenalan Undang-undang Keterangan di Malaysia, Jenayah Keganasan Rumah Tangga dan Jenayah Penderaan Kanak-kanak. Beliau juga merupakan editor bersama untuk buku Siri Undang-undang Mimi Kamariah: Akta Kanak-kanak 2001 dan Siri Undang-undang Mimi Kamariah: Impact of Law on Family Institutions.

Reviews

Write your review

Recommended