array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.7673"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0045"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.7718"
}
The Unsung Hero (Wira Yang Tak Didendang) | Melur Jelita | Karyaseni Enterprise | 978-967-0890-29-6 | E-Sentral Ebook Portal

The Unsung Hero (Wira Yang Tak Didendang) by Melur Jelita

The Unsung Hero (Wira Yang Tak Didendang) by Melur Jelita from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Melur Jelita
Category: Romance
ISBN: 978-967-0890-29-6
File Size: 2.00 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq Kissing cousin? Huh?! Bagi Deraman tak berdosa. Bagi Blackswan, sangat berdosa! Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. Sombong menonggek! Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih! Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda. Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula… Maryam : "Hutang boleh?" Irvan : "Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh." "Apa bunganya?" "Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang." ****** Riyaz : "Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas." Maryam : "Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung." ******* Haziq : "Hei gigi kuning! Bila aku orang luarnya? Mok ayoh aku orang Kelantan. Aku pun beranak sini!" Mustafa : "Mu nganjing gigi aku? Mu bukan orang Pulau Melaka. Faham ke dok?" "Stopa! Biar tak cukup inci, jangan otak tak cukup inci. Benak ke apa! Bumi Tuhan serupa jah mana-mana pun. Hak Dia belaka. Yang mu nak dengki dengan aku, bakponya? Gi rukyah tu. Banyak jin dalam tubuhmu!" "Tadi gigi kuning. Lo ni tak cukup inci pulak! Pah tu banyak jin! Mari rasa sepakan jin galak jurus tomoi tak cukup inci!" Mustafa menyepak Haziq lagi.

Reviews

Unsung Hero ????
by Norhayani bt hallal on March 14, 2018

ilmu disebalik cerita.. good job melur jelita..

Rasa mau salin setiap fakta dan frasa
by Aznidahlinah Abu Talib on June 08, 2018

Tahniah buat penulis, berjaya ubah tanggapan saya tentang novel ni yang mulanya saya anggap lovey dovey. Suka cara fakta dihuraikan oleh watak2. Cuma agak keliru kalau baca tak hati2, sebab transisi masa tidak dinyatakan secara jelas. Al-fatihah buat penulisnya yang meninggal 1.6.2018. Moga penulisan ini menjadi amal jariah buat allahyarhama. Amin.

Write your review

Recommended