Suamiku Paling Sweet by Anjell

Suamiku Paling Sweet by Anjell from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Anjell
Category: Romance
ISBN: 978-967-0890-32-6
File Size: 2.07 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

“Mama… Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa… Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu. Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Reviews

review
by Adriana on August 23, 2016

I dont understand

suamiku paling sweet
by AZURA ZAINI on February 28, 2017

bestttt

Best
by Sheikha Echa Putri on March 05, 2017

Best sangat sangat... rase nak aje minta Izzz Haikal sebijik dalm dunie niih... au au daddy.....

Sweet sangat
by Fariha Mustapha on March 08, 2017

Best sebab ley berangan....hehhehe...ciri2 lelaki yg idaman wanita...kalau la wujud lelaki camni :)

Suamiku paling sweet
by Roseline Kaya on March 25, 2017

????????????????

Love it
by Amran Hidayah on March 29, 2017

Very heart warming and paling sweet jalan cerita... Something that is not expected in the epilogue and sebelum ending... A must read for Romantic people or sesiapa nak cari Romantic ideas...????

Write your review

Recommended