Hai, Encik Perfume!

Hai, Encik Perfume!

RM 14.90

ISBN:

978-967-86-0519-9

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.94 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setiap kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi hingga membangkitkan kemarahan masing-masing. Kata Mediana, “Cik susu kotak, awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian, awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus berjumpa dan terserempak dengan awak? Kenapa?” Dan kata Aiqish pula, “Saya dah tahu perangai sebenar awak. Awak suka membebel, sensitif, cepat melenting, suka berdebat, suka minum susu kotak sebelum tidur dan tak suka orang lain rampas parking awak. Awak seorang yang rabun sebab tak dapat membezakan tandas lelaki dan tandas perempuan. Awak seorang pencuri kereta. Dan akhir sekali, nama kereta kesayangan awak adalah…” Tanpa dirancang dan hati belum bersedia, mereka ditunangkan. Namun, saat cinta dan sayang mula bercambah, wujud penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Mampukah mereka mempertahankan ikatan suci itu?