Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan

Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan

RM 31.20

ISBN:

978-983-861-929-5

Categories:

General Academics
History
Lifestyle

File Size

1.66 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini mengandungi 14 makalah yang dibahagikan ke dalam tiga bahagian seperti tercermin dalam judulnya. Bahagian I di bawah tema Warisan mengandungi lima makalah dan mengetengahkan tema warisan. Membahas tentang migrasi orang Melayu ke Australia berdasarkan kearifan bangsanya, identiti sosial dan kuasa dalam sistem politik Melayu; resolusi berasaskan cara lama dalam Sumpahan Pocong, disintegrasi Melayu dan perlindungan belantara dalam kearifan bangsa di rantau ini. Dalam bahagian II di bawah tema Pelancongan juga terdapat lima makalah. Menongkah sebagai produk budaya untuk pelancongan, kempen kepentingan warisan dalam pelancongan, ekopelancongan di Kuala Sepetang, warisan beca dalam pelancongan dan potensi Muar sebagai destinasi pelancongan. Bahagian terakhir, iaitu bahagian III di bawah tema Seni memuatkan empat makalah yang mengandungi perkampungan kraftangan di Kelantan, seni pertukangan Cina dalam reka bentuk masjid di Melaka, rumah tradisional Negeri Sembilan dan adaptasi seni bina dalam pentadbiran Turki Utmaniyyah sorotan terhadap kearifan tempatan. Kesemuanya ini ialah hasil penyelidikan para akademik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini. Jadi secara keseluruhannya tidak kira dalam bidang apa sekalipun, kesemuanya ada hubung kait dengan kearifan tempatan. Hal ini tentunya melambangkan sumbangan ilmu masyarakat lampau di rantau ini telah berkembang dalam hampir kesemua bidang ilmu. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada buku ini.