Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!’- Damia Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?
Reviews
sangat awesome
by nurul on June 14, 2016
jalan cerita yang matang. keep writing please
Heroin matang!
by Niess Aziz on August 23, 2016
Sangat suka dengan watak heroin yang matang tu, sampai saya pun teringin kesabaran yang ada pada Rafeeqa. Tak cepat melatah walaupun suami ada perempuan lain. Novel Emy Roberto memberi pandangan yang lain pada isteri yang suaminya menduakannya. Masih berusaha untuk memikat suami dan akhirnya berkat kesabaran berjaya akhirnya!
benci
by farah on December 21, 2016
Ingatkan beli dapat buku rupanya kena download lagi and baca dalam telefon -_-
Dah tuh bagi 1 bintang tak nak terima tak guna betul nak juga 2 bintang
kematangan seorg wanita yg bergelar isteri
by Lyn Amin on January 14, 2018
best baca
i need help
by amrmnn on March 30, 2018
how to read it? anyone? helppp
Jangan Benci Cintaku
by Siti Farah on April 01, 2018
Awesome!
Need help
by Nabila on April 02, 2018
Saya dah purchased tapi tak boleh download & read. Mohon beri pertolongan. ????
jangan benci cintaku
by Aina shahirah bt mohd hata on April 02, 2018
andai dapat kekuatan mcm rafeeqa best nya tp x semua mmpu..mungkin dia sedar dia pernah buat silap jd sbb tu dia terima shah nk tingglkn dia..matang dn x cepat melatah..being mature ..thumbs up for rafeeqa..
Jangan benci cintaku
by Drushiela on April 19, 2018
Tak dpt login apps. Help please
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.