array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0033"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0051"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0085"
}
Calon Isteri Jutawan | Nuriffa | PENULISAN ENTERPRISE | 978-967-0567-60-0 | E-Sentral Ebook Portal

Calon Isteri Jutawan by Nuriffa

Calon Isteri Jutawan by Nuriffa from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Nuriffa
Category: Romance
ISBN: 978-967-0567-60-0
File Size: 1.37 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan. Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit. Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan. “Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.” “Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.” “Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.” Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa. Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya... “Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.” “Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.” “Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.” Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.

Reviews

untuk yang suka berangan!
by Niess Aziz on April 11, 2016

Kisah cinta yang lain dari klise novel sekarang. Kisah lelaki jutawan yang ambil jalan mudah untuk mencari isteri, tapi menggunakan teknik ala-ala reality tv show untuk mencari calon isterinya. Saya pernah melihat rancangan serupa ini di luar negara, cuma untuk novel ini, kisah calon-calon ini tidak disiarkan di TV.

Plot yang teratur
by norhasliza binti yusoff on April 07, 2017

Jalan cerita yang menarik & tak membosankan

calon isteri jutawan
by halieza999@gmail.com on June 22, 2019

best

Write your review

Recommended