S.A.M.U.R.A.I. by Dekna Lee

S.A.M.U.R.A.I. by Dekna Lee from  in  category
-20%
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Dekna Lee
Category: Romance
ISBN: 978-967-0907-01-7
File Size: 1.27 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana. Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat. “Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat “Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur “Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah. “Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat “Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang. Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?

Reviews

superb
by nurul on May 19, 2016

worth the money and time. saya suka jalan cerita yg perspektif yg berbeza. berpijak di bumi nyata. keep writing

SAMURAI
by Marini Jamlus on June 06, 2016

Jalan cerita yg ringan, enjoy dan kelakar.

Write your review

Recommmended