array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0085"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0041"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0127"
}
Bahan Komposit Polimer: Gentian Kenaf sebagai Pemangkin Kelestarian Teknologi Komposit Mesra Alam | Hazizan Md Akil | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-967-461-032-6 | E-Sentral Ebook Portal

Bahan Komposit Polimer: Gentian Kenaf sebagai Pemangkin Kelestarian Teknologi Komposit Mesra Alam by Hazizan Md Akil

Bahan Komposit Polimer: Gentian Kenaf sebagai Pemangkin Kelestarian Teknologi Komposit Mesra Alam by Hazizan Md Akil from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Hazizan Md Akil
Category: General Academics
ISBN: 978-967-461-032-6
File Size: 1.58 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Komposit polimer diperkuat gentian (FRPC) mempunyai kelebihan berbanding bahan logam di persekitaran yang mengkakis disebabkan sifat rintangan kakisan yang tinggi terhadap ejen-ejen kakisan seperti air, hidrogen dan oksigen. Ia mempunyai potensi untuk menggantikan komponen berasaskan logam untuk digunakan di persekitaran yang mengalami masalah kakisan. Antara kawasan yang mempunyai persekitaran yang mudah terkakis termasuklah di kawasan loji rawatan sisa buangan air, pagar atau pembahagi jalan, kawasan pelabuhan laut, jeti dan lain-lain lagi (Ma et al., 2005; Joshi et al., 2004). Oleh itu, penggunaan komposit polimer diperkuat gentian yang dihasilkan melalui kaedah pultrusi bagi menggantikan bahan berasaskan keluli atau kayu dilihat mempunyai masa hadapan yang sangat baik (Van de Velde & Kiekens, 2001; Mazuki et al., 2010; Nosbi et al., 2010; Omar et al., 2010; Ma et al., 1997). Kaedah pultrusi dipilih di antara banyak kaedah pembuatan komposit polimer yang diperkuat gentian disebabkan ia berupaya untuk menghasilkan bahan komposit dengan profil keratan rentas yang sama dalam kuantiti yang banyak. Pelbagai bentuk profil komposit juga dapat dihasilkan dengan cara mengubah reka bentuk acuan yang digunakan semasa proses penghasilan komposit pultrusi ini dijalankan. Selain itu, proses penghasilan komposit pultrusi ini juga menawarkan proses automasi. Ia tidak memerlukan bilangan buruh yang ramai dan juga boleh beroperasi dalam kadar pengeluaran banyak. Oleh sebab itu, kaedah penghasilan bahan komposit dengan kaedah pultrusi ini dianggap sebagai kaedah paling efektif daripada segi kos penghasilan (Meyer, 1985; Shaw-Stewart & Sumerak, 2000; Starr, 2000; Karbhari, 2005; Ma et al., 1997; Omar et al., 2010). Kajian untuk menggunakan gentian semula jadi bagi menggantikan gentian sintetik kini semakin menarik perhatian para pengkaji dalam bidang bahan dan komposit polimer. Penggunaan gentian semula jadi terutamanya kenaf yang boleh didapati di Malaysia dilihat mampu untuk menggantikan gentian kaca bagi penghasilan komposit polimer diperkuat gentian dengan menggunakan kaedah pultrusi ini. Penggunaan gentian kenaf bukan sahaja dapat menurunkan lagi kos pembuatan komposit pultrusi ini, malah ia boleh memberi saingan kepada bahan-bahan konvensional seperti keluli galvani dan lain-lain yang sedang digunakan sekarang (Aziz & Ansell, 2004; Mohanty et al., 2005; Nishino et al., 2003). Teknologi pultrusi dilihat semakin berkembang di Malaysia (Omar et al., 2010; Nosbi et al., 2010; Mazuki et al., 2010). Jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain, teknologi ini telah lama digunakan seperti jambatan dan monumen-monumen arkitek di Amerika Syarikat serta negara-negara Eropah (Ma et al., 1997; Van de Velde & Kiekens, 2001; Zhu et al., 2004; Starr & Ketel, 2000). Penyelidikan dalam bidang ini dilihat akan membawa pengembangan teknologi pultrusi dalam mengeluarkan komposit struktur untuk aplikasi-aplikasi kejuruteraan. Pengenalan bahan gentian kenaf ke dalam bahan komposit polimer pultrusi ini pula dilihat mampu menghasilkan bahan komposit yang lebih mesra alam dalam menjamin kelestarian alam ini terus terpelihara. "

Reviews

Write your review

Recommended