Biomas dan Biokomposit: Potensi dan Masa Depan Teknologi Hijau di Malaysia

Biomas dan Biokomposit: Potensi dan Masa Depan Teknologi Hijau di Malaysia

RM 8.00

ISBN:

978-983-861-797-0

Categories:

General Academics

File Size

1.56 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

"Di Malaysia, industri pembuatan ialah penyumbang utama ekonomi negara kerana pendapatan Keluaran Negara Kasar Domestik (GDP) meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan oleh eksport yang tinggi daripada sektor pembuatan setiap tahun seperti elektrikal dan elektronik, farmaseutikal, tekstil serta produk berasaskan kayu, kelapa sawit dan sebagainya. Industri berasaskan kayu dan biokomposit walaupun bukan penyumbang utama pendapatan ekonomi negara, namun demikian dalam konteks nilai, ia mempunyai peranan yang penting dalam sektor pembuatan. Pada tahun 2011 sahaja, industri berasaskan kayu dan biokomposit telah menyumbang sekurang-kurangnya RM25 bilion nilai eksport negara. Setiap tahun Malaysia memerlukan sekurangkurangnya 25 milion m3 bagi industri perkayuan dan biokomposit dan eksport keperluan negara, sedangkan setiap tahun sumber kayu semakin berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi bagi bahan mentah kayu. Justeru itu, bahan alternatif yang lain perlu digunakan sebagai sumber alternatif bahan mentah industri perkayuan. Biomas (sisa pertanian kelapa sawit, daun nanas, batang pisang, jerami dan sekam padi, dan lain-lain) perlu digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan mentah. Sisa pertanian inilah yang dilihat berpotensi bagi menggantikan sumber sedia ada bukan kerana hanya ia mesra alam berteknologi hijau tapi kos pengeluaran produk yang rendah berbanding bahan-bahan mentah lain. Malah sejarah pada tahun 1938 membuktikan bagaimana Henry Ford telah menggunakan sisa kacang soya untuk komponen rangka ataupun struktur dalaman kereta"