DNA dan Gen: Skriptur dan Pengawal Atur Semula Jadi Hidupan

DNA dan Gen: Skriptur dan Pengawal Atur Semula Jadi Hidupan

RM 8.00

ISBN:

978-983-861-801-4

Categories:

General Academics

File Size

0.97 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

Asid deoksiribonukleik yang lebih dikenali sebagai DNA, merupakan satu sebatian kimia yang sangat penting dalam semua hidupan. DNA terdiri daripada dua rantai polimer panjang dan setiap rantai mempunyai unit yang disebut nukleotida. Kedua-dua rantai bertentangan antara satu sama lain. Tulang belakang setiap rantai tersebut diperbuat daripada gabungan gula dan fosfat yang terikat melalui ikatan ester. Salah satu daripada empat jenis molekul yang berikatan dengan setiap gula pula disebut bes. Ayat dalam jujukan keempat bes di sepanjang tulang belakang adalah DNA yang membawa maklumat pewarisan. Jujukan DNA sebenarnya ialah penyimpan maklumat faktor pewarisan yang kita label sebagai gen. Setiap gen mengekodkan maklumat untuk menghasilkan protein atau RNA. Protein merupakan bahan penting yang membentuk molekul enzim sebagai pemangkin untuk menjalankan tindak balas kimia di dalam sel. Protein juga boleh membentuk komponen struktur kepada sel dan organisma tersebut. Ada juga protein yang berfungsi sebagai pembawa isyarat seperti hormon dan protein transduksi. Ada juga yang berperanan sebagai pengawal atur ekspresi gen yang menentukan kekuatan tahap ungkapan gen. Semua maklumat yang menentukan aktiviti sel terletak dalam bentuk gen. Gen bukan sahaja mengekodkan protein dan enzim yang terlibat dalam proses fisiologi dan biokimia malah juga memainkan peranan dalam mengawal atur semua proses dan perkembangan hidupan.