Merungkai Peristiwa Zaman Silam dan Masa Kini melalui Kajian Genetik

Merungkai Peristiwa Zaman Silam dan Masa Kini melalui Kajian Genetik

RM 8.00

ISBN:

978-967-461-028-9

Categories:

General Academics

File Size

2.25 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

"Penyelidikan genetik telah menjadi satu pendekatan yang sangat penting bagi menjamin kemandirian biodiversiti. Memandangkan terdapat hubung kait rapat dan pergantungan manusia dengan hidupan yang kita kongsi bersama di bumi ini, pengurusan sumber asli perlu diutamakan untuk kelestarian manusia sejagat. Data genetik membenarkan pengecaman spesies dan maklumat variasi di dalam spesies (populasi) dinilai dengan tepat. Penggunaan analisis tertentu mampu memberikan gambaran faktor-faktor penyebab variasi ini bagi merangka strategi untuk mengatasi kesan buruk perubahan persekitaran semula jadi atau antropogenik ke atas biodiversiti. Melalui teknik-teknik genetik terkini, banyak penemuan baharu yang berimpak tinggi telah dihasilkan dan diaplikasi dalam pelbagai kehidupan kita, termasuk dalam bidang kesihatan dan bidang yang berkait rapat dengan ekonomi manusia seperti akuakultur, perikanan dan perdagangan produk biodiversiti. Syarahan ini membincangkan sebahagian kecil kepelbagaian kegunaan genetik dalam kehidupan kita. Pengaruh perubahan iklim dan geologi masa silam ke atas taburan masa kini biodiversiti ikan air tawar dan marin di rantau Asia Tenggara dibincangkan melalui pendekatan filogeografi. Syarahan ini juga melihat bagaimana kaedah genetik populasi digunakan untuk mengesan dan menghubung kait variasi genetik dengan kelestarian spesies liar dan yang diternak bagi tujuan ekonomi di samping untuk melindungi ekosistem. Syarahan ini diakhiri dengan melihat bagaimana satu teknik baharu, iaitu kod jalur DNA digunakan sebagai kaedah forensik untuk mengesan penipuan dalam perdagangan produk perikanan. Ketepatan pengecaman spesies adalah sangat penting dalam perdagangan antarabangsa dan kesihatan pengguna.