Peranan Lipase dalam Biopemprosesan: Perjalanan dan Cabarannya

Peranan Lipase dalam Biopemprosesan: Perjalanan dan Cabarannya

RM 8.00

ISBN:

978-983-861-793-2

Categories:

General Academics

File Size

1.50 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

"Pada masa kini tindak balas bermangkinkan enzim kian disedari sebagai pemangkin yang mesra alam. Pembangunan pesat sejak dua dekad yang lepas dalam bidang teknologi enzim telah meningkatkan penggunaan enzim dalam industri. Lipase merupakan sejenis enzim yang boleh digunakan untuk beberapa proses biotransformasi yang meliputi industri farmaseutikal, pemakanan, tenaga dan sebagainya. Dalam syarahan ini, tumpuan utama akan diberikan kepada penggunaan lipase untuk pemisahan sebatian kiral dan aplikasinya dalam beberapa biopemprosesan bagi menghasilkan biodiesel, perisa serta pewangi. Bidang perubatan kini lebih tertumpu kepada penggunaan dadah berketulenan optik berbanding dadah sebatian kiral. Hal ini disebabkan dadah berketulenan optik menunjukkan kesan perubatan yang lebih berkesan pada kuantiti yang lebih rendah. Penyelidikan yang merangkumi kajian dasar, pencarian kaedah produksi yang terbaik dan kajian praperkomersialan telah dijalankan bagi menghasilkan dadah berketulenan optik seperti ibuprofen, ketoprofen dan β-blocker. Penyelidikan dijalankan bermula daripada kajian kelompok berskala kecil sehingga dimajukan kepada kajian berskala loji pandu. Teknologi reaktor membran berenzim (EMR) diperkenalkan dan ia berpotensi untuk memisahkan sebatian dadah kiral secara berkesan. Reaktor ini boleh melaksanakan tindak balas dan pemisahan secara serentak yang menghasilkan produk yang berketulenan tinggi dan memudahkan proses hiliran"