Politik Muslim dan Demokrasi di Malaysia: Anjakan, Pertemuan dan Landasan Baru Persaingan Politik

Politik Muslim dan Demokrasi di Malaysia: Anjakan, Pertemuan dan Landasan Baru Persaingan Politik

RM 8.00

ISBN:

978-983-861-944-8

Categories:

General Academics

File Size

0.98 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

"Politik Muslim, dalam erti kata persaingan ke atas interpretasi simbol dan untuk mengawal institusi-institusi yang melahir dan mendukungnya, diwakili semenjak dekad 1970-an oleh persaingan antara elit Muslim dalam kerajaan dengan aktivitis Islamis yang mempertikaikan kewibawaan kuasa elit itu. Desakan daripada aktivitis Islamis telah mendorong kerajaan Muslim melancarkan dasar Islamisasi sambil meneruskan pembatasan kepada ruang demokratik atas alasan keselamatan, kestabilan dan pembangunan ekonomi. Respons ini pada amnya telah berjaya mengawal cabaran aktivis Islamis terhadap kuasa kerajaan Muslim. Aktivis Islamis pula telah menunjukkan tanda-anda anjakan daripada fasa ""radikal-fundamentalis"" ke arah ""fasa penglibatan"" dan peranan mengawal kecenderungan autoritarianisme. Politik Muslim di Malaysia dekad 1980-an dan 1990-an, dalam realiti kepelbagaian etnik masyarakatnya dan keunikan sejarah Islamnya, telah juga memperlihatkan siri anjakan pesaing-pesaing utamanya. Pengaruh aliran radikal-puritan yang menguasai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas gagalnya eksperimen kerajaan campuran dengan UMNO tidak berjaya untuk menggembleng imaginasi masyarakat Muslim. Kegagalan ini sebahagiannya disebabkan oleh respons kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO melalui inisiatif Islamisasi moderat dan inkrementalis yang telah melemahkan sumber utama pemujukan politik PAS dengan berkesan. UMNO yang semakin Islamik, anjakan aktivis Islamis di negara-negara Muslim lainnya ke arah orientasi pluralisme dan demokrasi, pembatasan kepada ruang demokratik dalam politik Malaysia serta kesedaran bahawa ia tidak mungkin dapat berkuasa tanpa sokongan pengundi bukan Muslim telah merangsang PAS untuk menerokai strategi baru dalam pembangkangan Islamiknya dengan memberi tumpuan kepada isu demokratisasi, ketelusan kerajaan dan keadilan sosial. Episod penyingkiran Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998 menggalakkan lagi anjakan ini; PAS semakin bersedia menyederhanakan pendekatannya dalam realiti masyarakat multietnik Malaysia, menyertai pakatan politik dengan parti bukan Muslim dalam satu Barisan Alternatif, menggugurkan matlamat negara Islam dalam manifesto bersama pakatan yang dipimpinnya itu dan menekankan platform reformasi demokratik. Sumber utama kejayaan UMNO mengekalkan kuasa politik, selain rekod pertumbuhan ekonomi, kestabilan sosial dan kompromi etnik dalam suasana politik komunal Malaysia, ialah kebolehannya menyesuaikan diri dengan perubahan politik yang berlaku di sekelilingnya. Pragmatisme politik boleh mendorong UMNO menangani desakan terbaru ini dengan anjakan ke arah memperluaskan ruang demokratik dan meningkatkan liberalisasi politik sambil meneruskan projek Islamisasinya dan mengukuhkan sumber kekuatan tradisionalnya. Siri anjakan orientasi politik dalam kalangan pesaing-pesaing uama ini menampakkan ciri-ciri pertemuan dan menjanjikan satu sintesis kreatif yang bersifat Islamik dan demokratik dalam landasan sistemik politik Muslim di Malaysia pada masa hadapan.