Sedimen Sungai : Warisan Dari Gunung

Sedimen Sungai : Warisan Dari Gunung

RM 8.00

ISBN:

978-983-861-786-4

Categories:

General Academics

File Size

1.82 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

"Sedimen ialah sebarang bahan, sama ada dalam bentuk partikel atau terlarut, yang terhasil akibat proses luluhawa pada batu batan di atas benua yang kemudiannya dipindahkan oleh agen pengangkutan seperti air mengalir. Sedimen sungai membawa makna yang berlainan kepada orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Syarahan ini mengisahkan sejarah pergerakan endapan bermula dari tempat asal lahirnya endapan itu selepas dibebaskan dari cerun dan diangkut ke dalam air yang kemudiannya memakan masa beberapa tahun untuk sampai ke destinasi ‘terakhir’ di muara dan lautan yang membentuk delta dan pantai. Perjalanan ini hanya sebahagian daripada fasa terestrial (luaran) kitaran sedimen itu sendiri. Bermula dari kawasan lembangan, partikel sedimen dikeluarkan dari kawasan bercerun melalui proses hakisan aliran permukaan atau melalui gerakan jisim. Sedimen yang berasal daripada sistem cerun ini dikenali sebagai sumber ‘luar alur’ yang tersimpan secara sementara di dalam saluran sungai selain sumber sedimen ‘hakisan dalam saluran sungai’ itu sendiri. "