Dialog Antara Agama: Panduan dan Perspektif Islam by Penyunting: Enizahura Abdul Aziz

Dialog Antara Agama: Panduan dan Perspektif Islam by Penyunting: Enizahura Abdul Aziz from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Islam
ISBN: 978-983-2718-30-7
File Size: 1.06 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dalam interaksi antara penganut agama, dialog sememangnya boleh dijadikan satu medium penting untuk memahami perspektif agama masing-masing tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Dialog boleh bertindak sebagai jambatan yang dapat menghubungkan perbezaan dan keragaman hidup bermasyarakat. Walaubagaimanapun, pendekatan dialog antara agama ini tidaklah melibatkan pengiktirafan kepada kesamarataan antara semua agama kerana sangat jelas bahawa terdapat perbezaan yang asas dalam aspek aqidah dan syari’ah bagi setiap agama dan sememangnya tidak boleh didialogkan. Oleh kerana itu, aktiviti dialog yang diusahakan ini adalah berbentuk ‘dialogue of life’ atau dialog berkaitan aspek-aspek tertentu kehidupan seperti alam sekitar, rasuah, jenayah dan juga tanggungjawab kekeluLayout Buku Dialog Antara Agama.indd 7 6/5/15 11:23 AM Dialog Antara Penganut Agama: Panduan dari Perspektif Islam viii argaan. Pemahaman yang terbina melalui aktiviti dialog sebegini akan menjadi satu usaha murni ke arah pembinaan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang lebih harmoni dan bersatu padu. Hakikatnya, hari ini kita lihat bahawa dialog antara agama sudah banyak diambil alih dan diterajui oleh kelompok liberal dan pluralis yang membawa ancaman kepada pemikiran dan aqidah umat Islam di Malaysia. Justeru, adalah penting bagi umat Islam untuk mendepani agenda dialog ini berbekalkan ilmu pengetahuan yang mendalam dan kefahaman Islam yang sebenar. Melalui penerbitan sebegini dan ruang perbincangan seperti seminar dan muzakarah pakar yang diusahakan oleh IKIM, diharapkan agar kesepakatan dapat dicapai bersama dalam usaha meletakkan Islam di tempat yang dihormati. Semoga apa yang terkandung di dalam buku ini akan dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan yang berguna kepada semua. Selamat menyusuri salah satu jalan ilmu bersama terbitan terbaru dari IKIM ini.

Reviews

Write your review

Recommended