Tun Dr. Ismail: Merintis Kepimpinan Berintegriti

Tun Dr. Ismail: Merintis Kepimpinan Berintegriti

RM 20.80

ISBN:

978-967-2110-21-7

Categories:

General Academics

File Size

10.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (17)

Synopsis

Penulisan buku ini adalah satu usaha kecil untuk menghargai jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman dalam sejarah tanah air kita. Antaranya, kejayaan memulihkan keamanan selepas Peristiwa 13 Mei adalah sesuatu yang mengagumkan semua pihak. Oleh itu, penulisan buku ini menggunakan pendekatan secara tema, gambar termasuk petikan akhbar yang mudah dan santai dalam menelusuri sumbangan tokoh ini.Ia menggunakan pendekatan ini kerana kekangan bahan dan masa berkaitan dengan tokoh ini. Usaha-usaha sebegini adalah permulaan ke arah mengenali dengan lebih dekat perwatakan beliau. Antaranya tegas. jujur dan berani menghadapi cabaran dalam memikul tanggungjawab. Oleh itu penghasilan buku yang bertajuk “Tun Dr. Ismail: Merintis Kepemimpinan Berintegriti” akan menjelaskan nilai-nilai kepemimpinan negarawan ini untuk diteladani. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, dikenali dengan nama ringkasnya TDI - Telus, Dinamik dan Integriti. Ini adalah nilai-nilai teras yang selari dengan matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melahir dan membentuk pemimpin masa depan. Nilai-nilai ini merupakan amalan dan pegangan negarawan yang menjadi fokus dalam penulisan ini.