Cintaku, Made In Berlin!

Cintaku, Made In Berlin!

RM 17.00

ISBN:

9789670707471

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2017
Favorite (1)

Synopsis

Hidup Hannah tidak seperti gadis lain, dia terpaksa bekerja sambilan untuk menampung hidup dan pelajarannya tanpa bantuan sesiapa. Disebabkan projek istimewa yang diuruskannya, Hannah sering berjumpa dengan penyanyi pujaan ramai, Bell. Semakin lama berbicara bersama, akhirnya ada perasaan cinta yang tercipta. Namun hubungan yang mereka bina bukan semudah disangka. Walaupun banyak janji yang telah sama-sama ditaburkan, entah kenapa, tiba-tiba ada perasaan yang berbeza telah hadir dalam diri Hannah untuk pensyarah kesayangan semua pelajar, Ahmad Zukry. Lantas, sikap Hannah yang semakin dingin membuatkan Bell mengundurkan diri. Namun benarkah memang Hannah sudah jatuh cinta dengan Ahmad Zukry itu? Padahal Bell ialah lelaki yang tak dapat dilupakannya meskipun lelaki itu pergi mengembara demi mencari identiti diri. Sepanjang Bell menghilang ke Berlin, banyak rahsia tentang dirinya yang terbongkar. Bell menarik nafas lega kerana dapat menyatukan semula cinta papa dan mamanya yang putus di tengah jalan. Namun… apabila pulang ke Malaysia, adakah masih ada peluang untuk dia berkongsi kegembiraan itu dengan Hannah? Atau dia hanya mampu memandang kebahagiaan Hannah bersama Ahmad Zukry?