Karma

Karma

RM 18.90

ISBN:

978-967-86-0700-1

Categories:

Romance

File Size

1.69 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2017
Favorite (1)

Synopsis

Di sebalik semua golongan manusia di Bumi, wujud satu golongan yang dipanggil sebagai ‘Penyeru’. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk menyeru makhluk yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Mampu membunuh manusia dalam sekelip mata. Namun di antara semua Penyeru, wujud lima Penyeru yang dipanggil sebagai ‘Penyeru Agung’. Makhluk yang diseru oleh Penyeru Agung ini adalah yang paling kuat dan ganas. Tidak terlawan oleh mana-mana makhluk seruan biasa. Pada kurun ke-14, kesemua lima Penyeru Agung wujud di Tanah Melayu. Menjadikan Tanah Melayu kuasa yang digeruni. Namun menjelang kurun ke-17, kuasa barat datang dan telah merampas kuasa Penyeru Agung. Kini, tiga kuasa Penyeru Agung dikesan berada di Israel, Iran dan Amerika. Menjadikan tiga negara itu antara kuasa besar di dunia. Namun dua lagi kuasa Penyeru Agung tidak ketahui akan lokasinya. Sehinggalah Amerika akhirnya berjaya mengesan lokasi salah satu daripada dua kuasa yang telah hilang. Ianya berada di Malaysia. Perdana Menteri Amerika telah melancarkan satu misi sulit untuk menjejak dan merampas kuasa itu. Dia mahu menjadi kuasa paling besar di dunia. Di luar pengetahuan semua Penyeru, kuasa yang diburu Amerika itu dipegang oleh seorang gadis bernama Zara. Namun gadis itu tidak tahu yang dia mewarisi kuasa yang sangat besar dari arwah ibunya. Julianshah cuba melindungi Zara. Namun dia hanyalah seorang editor novel. Mampukah Zara menghadapi semua ancaman? Siapa yang benar-benar boleh melindunginya? Di manakah satu lagi kuasa berada? Semuanya jawapan terkandung di dalam novel ini.