Komunikasi Untuk Pembangunan Sumber Manusia by Hashim Fauzy Yaacob

Komunikasi Untuk Pembangunan Sumber Manusia by Hashim Fauzy Yaacob from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Lifestyle
ISBN: 978-983-52-1109-6
File Size: 6.52 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Komunikasi merupakan aktiviti utama dalam organisasi terutama kepada pengurus kerana 70 peratus masa pengurus ialah berkomunikasi sama ada dalam membuat perancangan, penyusunan, kepimpinan atau pengawalan. Dalam pembangunan sumber manusia, komunikasi ialah elemen penting bagi pembangunan individu, prestasi, pembangunan pengetahuan, pembinaan kompetensi, latihan atau pembangunan organisasi. Justeru itu kemahiran komunikasi sangat diperlukan oleh pengamal pembangunan sumber manusia terutama dalam konteks interpersonal, penulisan, penyampaian latihan, intervensi dan perundingan. Walaupun kebanyakan institusi sama ada di luar negara atau dalam negara mengemukakan bidang komunikasi organisasi atau kemahiran penulisan dan pembentangan sebagai bidang komunikasi dalam kurikulum pembangunan sumber manusia, penulis buku ini yang mempunyai pengalaman dalam pengajaran dan penyelidikan bidang komunikasi berkaitan pembangunan sumber manusia menggunakan pendekatan yang agak berbeza. Buku ini menggunakan pendekatan lebih komprehensif dengan mengaitkan kemahiran komunikasi dengan tiga domain utama PSM iaitu pembangunan individu atau prestasi, latihan dan pembangunan organisasi.

Reviews

Write your review

Recommended