Etnomatematik Dan Etnosains Di Alam Melayu

Etnomatematik Dan Etnosains Di Alam Melayu

RM 28.00

ISBN:

9789673445547

Categories:

General Academics

File Size

2.38 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2017
Favorite (0)

Synopsis

Penyelidikan terhadap bidang etnomatematik dan etnosains di Alam Melayu oleh para penyelidik Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia merupakan satu usaha yang tidak ternilai dalam menerokai khazanah ilmu Melayu. Etnomatematik merupakan kajian tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum. Mengenali etnomatematik merupakan kunci untuk memahami matematik kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama. Etnosains pula merujuk kepada sains yang terbina dalam sesuatu masyarakat dan etnik tertentu. Setiap etnik mempunyai paradigma pemikiran sains yang dipengaruhi oleh budaya, adat resam, tradisi ilmu dan latar belakang masyarakat. Justeru, pendedahan yang dilakukan tentang bidang ini telah membantu mengangkat martabat tamadun masyarakat Melayu zaman Silam.