1 eBooks
Results for Hak%20Kontraktual%20Pihak%20Ketiga
Hak Kontraktual Pihak Ketiga

Hak Kontraktual Pihak Ketiga

Publisher

Penerbit UKM

Categories

General Academics

ISBN

978-967-251-628-6

File Size

3.95 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Persoalan doktrin priviti-hak kontratual pihak ketiga atau jus quaesitum tertio bukanlah satu perkara yang baru, la telah wujud lebih seratus tahun yang lampau. Permasalahan ini wujud sejak zaman hubungan kontraktual antara pihak-pihak yang berkontrak berada pada tahap yang begitu mudah. Kini, di alaf baharu dengan kaedah interaksi yang begitu canggih sehingga memungkinkan kepelbagaian kaedah memeterai kontrak serta kewujudan hubungan transnasional yang membuahkan hubungan kontraktual yang lebih rumit seperti multi lateral, kaedah penyelesaian kepada persoalan doktrin priviti-hak pihak ketiga terus menghantui pelbagai bidang kuasa, khususnya yang mengamalkan kaedah undang-undang common law. Dalam memperkenalkan pembaharuan kepada kerangka perundangan, persoalan amalan tradisi undang-undang dan teori yang menunjangnya perlu dititikberatkan agar sebarang perubahan yang dicadangkan mampu untuk terus mendokongi asas undang-undang sedia ada. Buku Hak Kontraktual Pihak Ketiga' yang merupakan sebahagian daripada penyelidikan doktor falsafah ini dipersembahkan dalam tujuh bab demi membina tautan teoretis yang kukuh sebagai pelantar asas demi memperkenalkan kewujudan hak pihak ketiga dalam kerangka perundangan kontraktual yang kini terpakai di Malaysia.