1 eBooks
Results for Isu%20Terkini%20Dalam%20Undang-Undang%20Jenayah%20Malaysia
Isu Terkini dalam Undang-undang Jenayah Malaysia

Isu Terkini dalam Undang-undang Jenayah Malaysia

Publisher

Penerbit UKM

Categories

General Academics

ISBN

978-967-251-369-8

File Size

2.30 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Buku ini berhasrat memberikan pendedahan awal berkaitan sistem perundangan jenayah yang wujud di Malaysia. Ianya kemudian membincangkan tentang latar belakang serta prinsip umum undang-undang jenayah yang menjadi teras kepada undang-undang jenayah yang digubal di Malaysia. Buku ini turut membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan undang-undang jenayah yang hangat diperkatakan di Malaysia. Antara isu yang disentuh ialah gejala sugar dating dalam kalangan pelajar perempuan institut pengajian tinggi di Malaysia. Ianya membongkar beberapa faktor dan permasalahan sosial serta bagaimana perundangan yang sedia ada masih belum mampu membendung gejala ini dengan berkesan. Buku ini seterusnya mengupas fenomena buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya buli, kesannya ke atas mangsa buli serta peranan yang perlu dimainkan oleh semupihak dalam membanteras gejala ini dikupas. Dalam perbahasan lanjut berkaitan isu buli di Malaysia, perundangan jenayah berkaitan kesalahan buli diperhalusi. Beberapa kelompangan undang-undang yang sedia ada dikenalpasti dan beberapa saranan pindaan undang-undang turut dicadangkan. Buku ini akhirnya membahaskan tentang isu pelaksanaan hukuman sebat dari kacamata perundangan sivil dan syariah. Dalam perbandingan yang diutarakan, beberapa isu berkaitan perundangan dan pelaksanaan hukuman sebat sivil dan syariah diperhalusi dan beberapa cadangann penambahbaikan turut diketengahkan. Diharapkan buku ini berupaya membangkitkan kesedaran dalam sanubari pembaca agar gejala berkenaan dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia.