TERIMA AKU SEADANYA

TERIMA AKU SEADANYA

RM 17.00

ISBN:

978-967-0657-93-6

Categories:

General Novel
Romance

File Size

5.36 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (1)

Synopsis

Tragedi angkara Anita itu menghancurkan cinta Ghaz Khuzairi. Kekecewaan cintanya dengan Marlissa menjadikan hatinya beku untuk bercinta lagi. Tetapi itu hanya kisahlalu. Namun ada sesuatu yang telah Marlissa tinggalkan untuknya. Amanah Marlissa dan Ryan Arshad. Kerana amanah itu jugalah Ghaz Khuzairi mengenali Izzara. Malah dengan mengenali Izzara, hatinya yang sepi selama ini terusik. Dalam diam dia menaruh hati. Bagi Izzara pula, mengenali Ghaz Khuzairi bukanlah alasan untuk dia berlaku curang kepada bakal tunangnya. Cinta dan kasihnya hanya terpahat buat Qaleef. Malah lamaran Qaleef benar-benar membuatkan hati wanitanya bahagia. “Err... maksud kau, Zara dah rasmi jadi tunangan oranglah ni ye?” – Ghaz Khuzairi Perasaannya tersentap. Pedih. Lagi sekali gadis yang dipujanya bakal menjadi hak lelaki lain. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati dia. Kemunculan semula Anita mengejutkan Ghaz Khuzairi. Malah, penghijrahan diri Anita benar-benar membuat Ghaz Khuzairi kagum. “... Kalaulah boleh diputar semula masa…sumpah! I takkan buat perkara yang keji tu. I terasa diri I hina sangat bila I sanggup hancurkan masa depan orang lain semata-mata kerana cinta I pada you tak berbalas. I’m too selfish!” – Anita. Walaupun Anita pernah menghancurkan kehidupan Ghaz Khuzairi, namun lelaki itu tidak sedikit pun menyimpan dendam. Sebaliknya, Ghaz Khuzairi menerima kata-kata kemaafan Anita dengan hati yang terbuka. “Walaupun seteruk mana yang pernah you buat pada I dulu tetapi itu bukanlah alasan untuk I menyisihkan atau menghukum you. I terima you seadanya siapa diri you, Nita.” – Ghaz Khuzairi Adakah kemunculan semula Anita dapat mengisi sepi di hati GhazKhuzairi atau ada wanita lain yang lebih bertuah? Saat Ghaz Khuzairi menikmati erti kebahagiaan hidup, kemunculan Ryan Arshad pula seakan merentap tangkai hatinya. Adakah kehadiran Ryan Arshad itu untuk menuntut sesuatu yang terlalu berharga bagi Ghaz Khuzairi selama ini? Tegakah Ryan Arshad?