Ameera
RM 8.95
ISBN:
9789834709235
Categories:
Language & Dictionary
Teen Novel
File Size
2.18 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2013
Favorite (0)
Synopsis
Buku ini mengumpulkan koleksi cerpen yang sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan. Ikuti kisah seorang anak yang berada dalam dilema, iaitu sama ada dia perlu terus tinggal dengan ibunya atau mengikut ibu saudaranya yang agak mewah hidupnya dalam cerpen "Pertanyaan", juga ikuti kisah perhubungan dua insan yang terpisah kerana darjat dalam cerpen "Dalam Diamnya Hati". Seterusnya, hayati kisah pengembaraan sekumpulan sahabat yang berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam cerpen "Menjelang Subuh', juga ikuti kisah semangat baharu yang dimiliki oleh Zali setelah menerima sekeping nota daripada Zurai dalam cerpen "Secebis Kertas Putih". Selain itu, ikuti kisah perjuangan seorang gadis yang terpaksa berperang dengan penyakit yang dihidapinya di samping menahan kerinduan terhadap abangnya dalam cerpen "Menuai Rindu", juga ikuti cerpen "Ameera" yang mengisahkan pemberontakan seorang gadis setelah berasa tercabar dengan rakan lelakinya yang berjaya merampas tempatnya sebagai permata sekolah suatu masa dahulu. Selain itu, ikuti cerpen "Matanya Bersinar Lembut" yang menceritakan kisah seorang pelajar yang berhadapan dengan dilema kehidupan setelah mengetahui hakikat bahawa dia sebenarnya merupakan anak angkat.