KASYAF

KASYAF

RM 12.90

ISBN:

9789670374871

Categories:

General Novel

File Size

1.36 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (3)

Publisher

Buku Fixi

Synopsis

Demi dendam, Lakhus jadi anjing belaan syaitan. Sebuah kuasa sihir yang tenggelam dalam mitos hampir 200 tahun perlu dia cari dan kembalikan ke Naruka. Kuncinya, seorang gadis berdarah diraja mesti dibunuh saat malam gerhana.  Hasnitah tidak tahu kecantikan parasnya menyimpan kecelakaan yang cukup hitam sehingga dia secara tiba-tiba mengalami rantaian kejadian aneh bermula dengan kematian kakaknya. Kakaknya hidup semula, berkelakuan absurd dan penderitaan Hasnitah selepas itu bermula. Prof. Zack masih dibayangi kes homisid misteri di Pulau Pinang apabila dia mendapat KASYAF ghaib untuk menyelamatkan seorang gadis. Dia keluar untuk menghalang Lakhus tanpa menyedari komplot dari belakang hijab itu sebenarnya turut mengancam makmal atom miliknya di Agensi Nuklear Malaysia. Siapakah Lakhus dan mengapa Hasnitah? Zack bakal membuka rahsia paling tragik dalam hidupnya.