Arahan Perubatan Awal

Arahan Perubatan Awal

RM 25.00

ISBN:

978- 983-2718-550

Categories:

Science
Islam

File Size

0.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

Perubahan zaman dan perkembangan pesat teknologi menyaksikan proses membuat keputusan dalam menentukan bentuk rawatan yang terbaik bagi pesakit telah beralih daripada paternalisme pakar perubatan kepada autonomi pesakit. Ini membawa kepada wujudnya dokumen Arahan Perubatan Awal yang memberikan ruang kepada pesakit untuk memilih bentuk rawatan yang dikehendakinya terutama dalam keadaan dia tidak hilang keupayaan untuk membuat keputusan sendiri. Arahan Perubatan Awal merupakan satu dokumen yang disediakan lebih awal semasa pesakit itu masih sihat atau masih mempunyai kapasiti untuk membuat keputusan sendiri. Dalam konteks Malaysia, Arahan Perubatan Awal masih dilihat sebagai perkembangan yang terlalu baharu. Kupasan yang dimuatkan menerusi buku Arahan Perubatan Awal:Perspektif Bioetika Islami ini merupakan perbincangan bersifat tinjauan awal yang mengupas isu dan dampak Arahan Perubatan Awal dari perspektif fiqh, bioetika dan perundangan.