array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0039"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0055"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0094"
}
Lelaki Pilihan Hati | Cik Fara Haniey | Lovenovel Enterprise | 978-967-2225-06-5 | E-Sentral Ebook Portal

Lelaki Pilihan Hati by Cik Fara Haniey

Lelaki Pilihan Hati by Cik Fara Haniey from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Cik Fara Haniey
Category: General Novel
ISBN: 978-967-2225-06-5
File Size: 1.84 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Jadi ini alasan you tak nak jumpa I? Sebab nak bermadu cinta dengan perempuan ni?” – Dahlia “Honey... I’m sorry.” - Izrahim Gara-gara terluka dengan kekasih hati, Dahlia Tihanie nekad memulakan hidup baharu. Prinsipnya yang mahu berkahwin dengan rasa cinta musnah. Baginya, membina sebuah syurga memerlukan rasa sayang dan cinta. Mana mungkin, dia mahu berkahwin dengan lelaki sembarangan tanpa tali pengikat. Menjalani hidup di kampung buat Dahlia berasa tenang tanpa gangguan. Namun ketenangan yang diharapkan hancur saat Opah Tijah membuat keputusan untuk mengatur perkahwinannya bersama seorang pemuda kampung; lelaki yang dulunya ditolak mentah-mentah. “Kenapa you terima I dalam hidup you?” – Dahlia “Sebab you pilih I.” – Zarul Dahlia gelisah. Lelaki yang mahu disatukan rupanya lelaki yang sama menyaksikan kehancuran cintanya bersama Izrahim. Mahu menolak, tapi Opah Tijah sudah meletakkan syarat yang mematikan niatnya. Sudi atau tidak, dia perlu menerima Zarul Hamidi dalam hidupnya. Menjadi isteri Zarul bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap Zarul yang suka berahsia membuatkan Dahlia tercari-cari kepercayaan untuk sang suami. Saat cinta baru bertunas, muncul pula Maria. Bila hati dah mula memilih, mengapa perlu hadir dugaan antara mereka? “Salah ke kalau you jujur dengan I?” – Dahlia “Bagi I, you adalah segala-galanya, love. I tak sanggup nak hamparkan kebenaran andai ia akan melukakan hati you.” – Zarul Benarlah ujian itu sangat sukar untuk dilalui andai hati penuh prasangka. Zarul tetap dengan rahsianya walaupun berkali-kali didesak Dahlia. Dalam diam, perasaan Dahlia kian terluka. Ditambah pula dengan kemunculan Maria dan Izrahim yang menjadi duri merosakkan kepercayaan yang dibina. Masih kuatkah kepercayaan antara mereka? Mampukah Dahlia memupuk kepercayaan yang belum benar-benar utuh? Masih mampukah dia mempertahankan rumah tangganya apabila mendapat tahu hal yang sebenar? Kuatkah Dahlia bertahan dalam mahligai tanpa cinta? Persoalan utamanya, rahsia apakah yang sedang Zarul sembunyikan?

Reviews

Write your review

Recommended