Encik Pengacau

Encik Pengacau

RM 16.00

ISBN:

9789672035138

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.62 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (4)

Synopsis

Encik Pengacau itu gelaran untuk Razlan, pemuda kaya yang hidup dalam dunia gelapnya sendiri, suka bercakap kasar, dingin dan sukar diramal sikapnya. Yang memberi gelaran itu namanya, Amalina, gadis berimej tomboy yang selamba dan lurus. Sejak kali pertama bertemu, memang jiwa Amalina jadi kacau sungguh! Layanan Razlan yang sekejap okey kemudian tidak okey buat Amalina jadi tidak faham. Makin serabut bila Razlan beria-ia hendak dia jauhkan diri dari Tommy Edward. “Boleh tak dalam sehari Encik Razlan tak sakit hati dengan Tom? Apa salah dia dengan Encik Razlan? Saya tak fahamlah.” ~ Amalina “Aku tak nak kau kawan lagi dengan dia. Dia tu pembawa malang!” ~ Razlan Dalam asyik bertengkar, tanpa sedar hadir satu perasaan antara keduanya. Amalina jatuh hati dengan Encik Pengacau. Encik Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Tetapi kenapa pula Cik Najwa yang dipilih sebagai bakal isteri? “Kenapa kau cakap aku dah tak sayang?” ~ Razlan “Sebab... sebab Encik Razlan nak kahwin dengan Cik Najwa.” ~ Amalina “Aku dah tak ada pilihan, Amalina...” ~ Razlan Tetapi, kalau hati dah rasa sayang, mana mungkin hendak dihalang-halang. Razlan akhirnya akur dengan kata hati. Namun, baru sahaja bahagia mula hadir dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut semuanya. Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau. Berjayakah Amalina dan Encik Pengacaunya bersatu? Atau Razlan akan kembali semula ke dalam dunia gelap ciptaannya dulu?