Rindu Dalam Rahsia

Rindu Dalam Rahsia

RM 27.00

ISBN:

9789671729106

Categories:

Romance

File Size

1.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (22)

Synopsis

AMZAR MUKHRIZ. Seorang lelaki yang punya segalanya kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan cinta itu sukar untuk diluahkan meskipun dia sudah memiliki teman istimewa secantik RATNA. Keegoan Amzar tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang berani melawannya. Bermula dari seorang pekerja, status itu tiba-tiba berubah gara-gara kejadian malam itu! “Aku setuju dengan pernikahan ni semata-mata kerana mama dan papa juga kerana maruah keluarga aku sendiri. Bukan disebabkan kau. Ingat, kalau ada sesiapa yang tahu tentang pernikahan ni, tahulah nasib kau!” - AMZAR MUKHRIZ. AINUR MARHA. Apabila menyebut tentang cinta, telah lama dia berputus asa apabila kesetiaannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, Marha nekad, tiada lagi cinta untuk mana-mana lelaki. Tetapi takdir berlaku sebaliknya. Tanpa mengetahui kesalahannya sendiri, dia harus menerima kebencian Amzar Mukhriz. Namun, dia bertekad. Hubungan yang sia-sia ini harus ditamatkan! “Tuan kena lepaskan saya kalau tuan tak nak dosa tuan bertambah. Tuan tak tahu betapa jahatnya saya. Tuan pernah cakap saya ni perempuan murah kan? Saya akan tunjukkan macam mana murahnya saya sampai tuan serik nak simpan isteri macam saya.”- AINUR MARHA. Tapi ikrar Amzar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Marha tekad dengan keputusannya. Kehadiran Naqib dan Rafiq menambahkan resah di hati Amzar. Mampukah hubungan yang terbina tanpa sengaja itu bertahan lama? Mungkinkah hubungan yang bermula kerana satu kesilapan akan terus bertahan? “Hentikanlah angan-angan kau untuk hidup bahagia. Aku takkan benarkan kau hidup bahagia dengan aku apatah lagi orang lain.” - AMZAR MUKHRIZ.