Anakanda ku, aku juga anakanda

Anakanda ku, aku juga anakanda

RM 12.00

ISBN:

e978-967-17457-1-7

Categories:

Motivation

File Size

0.23 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (0)

Synopsis

Zuriat, bagi sesiapa pun bukan sekadar penyambungan darah keturunan semata. Lebih dari itu zuriat adalah warisan perjuangan dan maruah sesebuah keluarga generasi demi generasi. Ia jugalah laskar-laskar pembawa panji-panji kebanggaan keturunan. Sementara harapan itu segar dalam jiwa ibu bapa, anak anak selalu tidak dibekalkan dengan maklumat sejarah orang tua yang mencukupi untuk mereka. Jurang inilah yang membawa banyak bahaya kepada generasi akan datang, dalam jalur zuriat mereka. Buku ini tidak lebih dari sebuah manuskrip peribadi yang terhimpun puluhan tahun, meringkaskan hal puluhan tahun pula. Dari nostalgia yang bermula dengan datuk, ayah dan kemudian anak, ia adalah lantunan rasa hiba dan rindu seorang ayah kepada ayahnya. Ia membawa kepada secalit kisah seorang ayah di awal remaja dan pertengahan remaja kepada saat-saat awal beroleh seorang cahaya mata. Buku ini ditulis sebagai satu sumbangsih kenang-kenangan dari seorang ayah kepada anak-anak nya. Lebih jauh dari itu ialah ia adalah sebuah perkongsian hidup dan pengalaman seorang orang tua untuk generasi anak-anak yang sedang remaja sekarang. Hasrat penulis ialah pembaca – generasi muda sekarang – mengambil pengajaran berguna dari perjalanan hidup seorang ayah. Setiap detik dalam sirah perjalanan seorang ayah memiliki getirnya sendiri. Setiap ayah ada kisah deritanya sendiri, ada perjuangannya sendiri, buat menghidupkan anak anaknya.