Biar Hati Berbisik Rindu by Zuri Yanie
(price excluding 0% GST)
Title:
Biar Hati Berbisik Rindu
Author:
Zuri Yanie
Category:
General Novel
, Romance
ISBN:
9789670870144
Publisher:
Penerbitan Anaasa PLT
File Size:
1.03 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
“Mulai saat ini, Raof gantung Nina tanpa tali. Nina bebas ke mana saja Nina pergi
tetapi bukan untuk mendampingi lelaki lain. Mungkin ini harga yang perlu Nina bayar kerana
menidakkan Raof sebagai suami Nina yang sah.” – Raof
Kata orang putih, “If you love someone, set him free.” Ya, kerana Nina mencintai Raof Nina
terpaksa bertindak gila. Berkahwin hanya satu malam kemudian meminta perpisahan keesokkan
harinya. Kalaulah Raof tahu sebab tindakan Nina ni…
Lima tahun mereka berpisah, musim bunga menemukan mereka kembali di tanah England. Kali
ini Raof merayu minta Nina kembali ke sisi tetapi malangnya perasaan Nina terhadap Raof sudah
lama mati.
“Raof cintakan Nina. Raof tak boleh hidup tanpa Nina. Balik ke pangkuan Raof semula,
ya?”- Raof
“Nina dah tak cintakan Raof. Perasaan Nina dah lama mati untuk Raof. Raof berhak
untuk dapatkan orang yang lebih baik dari Nina untuk dijadikan isteri.” - Nina
“Raof cuma nak berada di sisi Nina. Raof nak hidup dengan Nina. Kita belum pun lagi
mencuba. Raof tak nak mengalah awal.” – Raof
Adakala hidup ini terlalu sukar untuk dilakarkan. Perkahwinan Raof dan Nina sepatutnya
menyatukan dua hati. Tapi hakikatnya, ia sangat memeritkan.
Nina masih Nina yang sama. Cuma yang membezakannya adalah kisah hidupnya yang sarat
duka. Bagi Nina, rindunya hanya untuk Raof, walaupun hanya hati yang berbisik. Tapi, akan
setiakah Raof bersamanya jika lelaki itu tahu sejarah hitam miliknya? Atau, Raof akan pergi
membawa hati yang kecewa?
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.