Puaka Padang Sekolah by Khairul Ahmad, Ruby Annas, Maszmira

Puaka Padang Sekolah by Khairul Ahmad, Ruby Annas, Maszmira from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
ISBN: 978-967-369-479-2
File Size: 0.32 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Sufi dan Nita terlanggar Maya yang terhenti tiba-tiba di tengah-tengah padang. Dalam sama-samar cahaya bulan, mereka ternampak barisan manusia sedang mengadakan latihan kawad. “Fuh! Nasib baik budak-budak JPAM ada.” Maya menarik nafas lega. “Ma… Maya. Itu… tu… bu… bukan budak-budak JPAM.” Tergagap-gagap Nita bersuara. “Apa kau mengarut ni? Itukan kawan-kawan kawad kau. Marilah kita ke sana.” Maya tetap berdegil. Tanpa ragu-ragu dia melangkah ke arah barisan kawad yang tegak berdiri. Tiba-tiba telinganya menangkap bahasa asing yang tidak dia fahami. Bukan itu sahaja, pakaian mereka jauh berbeza daripada uniform JPAM yang biasa dikenakan Nita. Mereka memakai uniform berwarna hijau muda, lusuh dan koyak-rabak. Uniform tentera Jepun Perang Dunia Kedua! Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Reviews

Write your review

Recommended